Login Form






Lost Password?
  
Kumprinx Backpacking Malaysia





Creative Commons License
For Those About To Rock
Pengumuman dan Pemberitahuan
Written by Kumprinx   
Monday, 02 April 2012

 

 

SUDAH PINDAH KE WWW.KUMPRINX.NET

 

 

 

 

Be first to comment this article | Add as favourites (29)

 
Kenapa Kita Hareh Kerja
Blog Entry
Written by Kumprinx   
Friday, 30 March 2012
Gua tau ada sesetengah dari kita yang sengaja tak bekerja sebab nak protes market kerjaya yang memang sengit dewasa ini. Malah ada juga yang tak bekerja sebab terperangkap terlalu lama dalam zon selesa.

Nasihat gua, janganlah sampai tidak mempunyai pekerjaan langsung. Gua bukanlah menyeru belia-belia semua untuk menjadi insan yang berwawasan dan menyumbang kepada pembangunan negara. To hell la pasal nak mengumpul harta kekayaan ke, nak kelihatan steady di mata masyarakat ke. Itu kerja hipster. Tapi dewasa ini gua banyak sangat baca headline paper seperti yang berikut dan ini sangat membimbangkan:

-Penganggur Ditangkap Langgan GRO
-Paip Jamban Meletup, Penganggur Cedera
-Penganggur Dituduh Ugut Remaja 15 Tahun Di Laman FB
-Ugut Bapa, Penganggur Dipenjara 3 Tahun

Walau apapun, gua masih ingat bahawa pengangguran adalah satu episod manis dalam hidup gua. Kalau malas kerja tak payah kerja. Kerja ni kerja orang tua-tua je.
 
Bagi yang muda-muda ni, jangan lupa;

Dont forget the struggle.
 
 

Be first to comment this article | Add as favourites (36)

 
Menjadi Teras Masyarakat
Gambar
Written by Kumprinx   
Wednesday, 17 November 2010

 boots

Since 1999. 

Kalau aku tak hiatus sekitar 2002 ari tu skang ni mesti aku dah terrer. Sepanjang tu ia sentiasa memanggil-manggil. Awal 2010 aku comeback. Injury is constant. Stamina tak boleh nak perah sangat. Mujurlah kat Kuala Lipis ni yang bersukan kebanyakkannya dewasa. 

 

Setiap hari I'm looking forward untuk bersukan. 2-3 hari tak kena mulalah rasa tak best.

 

I might die with my boots on.

Be first to comment this article | Add as favourites (233)

 
Art Tak Puasa Bah.2
Cerita-ceriti
Written by Kumprinx   
Thursday, 09 September 2010
Gua landing kat tanah malaya sekitar tengahari. Gua bercadang nak ronda-ronda dulu sekitar KL sebelum balik. Namun pepehal kena beli tiket balik dulu. Zas, gua angkat tiket bas 6.30 petang.

Selepas ronda-ronda lebih kurang. Angkat singlet raya sehelai. Tibalah masanya untuk gua balik. Gua tengok ramai bawak bekal makanan dalam bas. Maklumlah, perjalanan mengambil masa 3 jam ke Kuala Lipis. Kompom bukak puasa dalam bas. Gua buat rilek je. "Ah, tak puasa buat apa nak sibuk-sibuk beli makanan buat berbuka.." bisik hati gua.

Dalam bas gua duduk sebelah sorang brader ni. Muka dia ceria semacam. Tak sabar nak balik kampung beraya agaknya. Beg dia banyak sekali. Dengan plastik Kamdar, Yaohan, dan Globe Silk Store. Shopping habis brader ni gayanya.

Tengah-tengah haiwey karak tetiba azan berkumandang di corong radio bas. Semua orang kucar-kacir bawak keluar air, kurma untuk berbuka. Gua buat rilek je. Gua pejamkan mata dan cuba untuk tido.

Tiba-tiba bahu gua dicuit oleh brader sebelah. "Encik, nah ambik lah kueh ni buat berbuka" kata beliau sambil menghulurkan plastik berisi popia basah. Mungkin dia perasan yang gua tak bawak bekal langsung untuk berbuka. "Takpe-takpe.. terima kasih" gua menolak dengan sopan. "Tapi bang, ambil dah masuk waktu berbuka ni. Tak elok melengah-lengah.." Time tu gua punya sengih dah lain macam. "Takpe bang, saya ada bawak air ni. Kata gua sambil buat-buat seluk tangan dalam beg. Ya benar gua memang ada bawak air kola yahudi gua beli kat airport tadi. Gua terus bawak keluar tunjuk kat brader tu.

Botol air kola yahudi gua tu airnya tinggal separuh. Kantoi sangat tak puasa siang tadi.

Brader tu renung botol gua buat seketika sebelum meneruskan bicara. "Itu air je bang, kurang-kurang makan la sikit" Entah brader ni naif ke hapa ataupun dia memang sengaja nak jaga gua punya water face. "Nah makanlah kuih ni. Cukup untuk kita berdua.." Dalam situasi barai sebegitu gua terkesiap. Gua pandang muka brader tu, pandang popiah. Pandang balik muka brader tu, pandang popiah. "Ambik la, jangan malu-malu" sambung brader tu lagi.

Ketar-ketar tangan gua ambik popia basah brader tu. Gua makan je la. Namun hati gua memang tak sedak langsung time tu. Moral gua down gile. Kruk-kruk-kruk bunyi mulut gua mengunyah taugeh dalam popia tu. Muka entah nak letak kat mana tak tau.

Dalam bas terasa malu,
mata berkaca siapa yang tahu.

"Terima kasih.." ucap gua selepah habis makan. Brader tu senyum je kat gua.

Insiden tersebut memberikan kesan yang mendalam kepada gua. Lantas keesokan harinya juga gua mengisytiharkan telah menarik diri buat selam-lamanya dari arena art tak puasa.

Tempat gua kini telah digantikan oleh selebriti blogger terkenal, Pipiyapong Abdillah Hamzah.

Comments (2) | Add as favourites (246)

 
<< Start Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ">Next > End >>

Results 1 - 9 of 277