Art Tak Puasa
Cerita-ceriti
Written by Kumprinx   
Sunday, 22 August 2010
Flight Airasia dari Kuching ke Kuala Lumpur hari tu tak berapa ramai orang. Mungkin bulan puasa ni orang tak berapa into nak travel. Letih-letih berjalan bukan boleh singgah pekena minum teh. Kalau tak kena tangkap, orang pandang serong.

Dalam kapaterbang seat tak penuh. Belah-belah belakang banyak yang kosong. Selepas kapal terbang berlepas, gua bergegas ke seat belakang sekali. Duduk tepi tingkap. 3 seat semua habis penuh gua buat berlunjur kaki. Melihat ke luar tingkap memang kegemaran gua. Awan berkepul-kepul persis hembusan rokok memang seronok dipandang. Ada sesetengah kes, gua nampak kapal terbang lain berselisih. Memang laju giler dia jalan.

Bila gua nampak je makwe airasia ber-skirt pendek tolak cart makanan, adrenalin dalam tubuh gua mula menaik. Tangan gua sejuk-sejuk, jantung berdebar-debar. Lalu je kat sebelah, gua terus order "Nasik lemak ayam satu.." Selamba je akak tu bagi.

Hari tu, pada ketinggian beribu-ribu kaki, dengan kelajuan beratus-ratus kilometer sejam, gua mencapai holy grail. Iaitu stage tertinggi dalam art makan siang hari dalam bulan puasa.

Bersambung.. (nilai-nilai murni gua terapkan dalam Part.2 kelak)

Comments (2) | Add as favourites (15)

 
Perutusan Ramadhan 2010
Blog Entry
Written by Kumprinx   
Tuesday, 10 August 2010
Selamat Berpuasa semua. Jangan lupa minum air banyak-banyak. Malam-malam topap dos nikotin sampai cukup. Bila rasa dah nak give-up, bayangkan kelazatan masa berbuka nanti. Jauhi beg plastik hitam dan kedai makan nampak kaki je.

Semoga syaitan tak palsu dalam diri korang tak berleluasa di bulan yang mulia ini.

Hari baik, bulan baik. Harap semuanya baik-baik buat anda semua. Cheers!

Comments (2) | Add as favourites (15)

 
Budi Yang Baik Dikenang Jua
Cerita-ceriti
Written by Kumprinx   
Tuesday, 20 July 2010
Dulu-dulu gua selalu nampak budak ni. Itu jam dia kanak-kanak lagi. Skang ni dah besar, dah boleh sembang letup. Hari tu gua panggil dia ke rumah suh tengok-tengokkan kereta. Beliau sampai lewat 15 minit dari masa yang dijanjikan.
"Sori la Kumprinx, aku lewat sket. Jem teruk kat town tadi"
Memang jem teruk. Kontraktor entahapakejaddah time weekend bukak jalan. Time sesak, sibuk banyak kereta lalu mula la terhiling-hiling nak tutup jalan. Buat kerja cerun kat jalan utama nak masuk Kuala Lipis.
Gua kabo kat dia, "Takde hal la.."
Beliau godek-godek enjin. Cuaca panas. Peluh-peluh jugak. Dia kata dia dah terlewat nak pegi Kuantan. Masa buat kerja telefon beliau 2-3 kali berbunyi. Member dah selak nak gerak.
"OK beres!" kata beliau.

Gua test start. Semuanya ok. Gua hulur duit. Kata beliau,
"Tak payah Kumprinx. Takkan nak cas pulak. Kita kawan sejak kecik. Ko ngan aku bukan orang lain."

Sewaktu melihat beliau berlalu pergi, tanpa disedari air mata brotherhood gua bercucuran.

Comments (4) | Add as favourites (52)

 
Lapang Sebelum Sempit
Blog Entry
Written by Kumprinx   
Friday, 16 July 2010

 sempit

 

Akhir-akhir ni gua rasa bersalah kalau duduk saje-saje tak buat sesuatu. Mana pergi masa gemilang gua zaman dulu-dulu hangout renung tv berjam-jam, tido tanpa mengira waktu, lepak tengah-tengah malam tanpa risau siang esok mata barai. Dulu cerita lain, takde kerja. Skang ni dah lain. Skang kena bangun pagi-pagi buta. Pakai wangi-wangi. Tambah-tambah lagi baru-baru ini gua ditukarkan ke HQ, ganti tempat bos lama gua. Petang-petang turun bersukan takut obesiti. Ye lah, prentan sihat lagi ni baik all out. Gua dengar cerita, orang tua-tua kuat kena kencing manis, lemah jantung. Weekend gua juga dicuri oleh masa depan.

Mana pegi masa gua yang banyak tu?

Time kerja gua bergelumang dengan buku. Korang biasa rasa tak feeling beli buku baru, dalam kotak, plastik. Lepas tu teruja bukak slow-slow nak tau isi kandungan dia. Skang ni tu la kerja gua. Kadang-kadang gua buat tak reti je buat kerja laju-laju. Tapi selalunya buku-buku itu terlalu menarik untuk gua dismiss begitu sahaja. Dapat 2-3 muka pun jadi. Simpan untuk kemudian hari. Walaupun gua tau gua takkan jumpa dah buku tu. Nak cari balik bukan kerja. Di penghujung hari tangan gua warna-warni kena cop, papercut sana sini. Tapi dalam kepala ada beribu-ribu perkara yang gua perlu gua digest dan ponder. Pasal indeks harga rumah kat malaysia, buat sarang burung walit, adunan tepung nak buat kek, teks ucapan menteri-menteri, pengurusan kewangan, hannah montana, transformers, tumbuhan di cameron highland, sampai la ke cakar harimau. Tu belum lagi cerita pasal 3 sahabat terperangkap dalam gua yang gua nak story balik kat bini gua masa balik umah kang.

Balek kerja biasanya gua turun bersukan. Skateboarding adalah perkara yang bagi gua dia punya seronok tak pernah hilang. Gua tak boleh kickflip, tak boleh grind apatah lagi smith ke, varial ke hapa. Gua turun buat apa tak tau, tapi yang nyata balik mesti tersengih-sengih, peluh macam mandi dan lutut koyak sana-sini.

Kalau ada sejam-dua terluang tu gua duduk depan kompiter. Entah hapa gua buat pun tak dapat nak pastikan. Tapi duduk depan kompiter ni memang makanan gua sejak azali. Tak layan fesbuk, cari gambar hantu pun jadi.

Kalau ada lagi masa terluang sikit-sikit gua ajak bini jalan-jalan sekitar town. Melawat sanak saudara. Hangout minum teh, pekena Rapi. Beli bawang holland 100gram. Kalau tak keluar pun kami tengok filem kat umah. makan jugak sejam dua di situ.

Sedar-sedar dah sampai masa untuk tido. Biasanya nak start tido tu (selain estimate berapa jam tido) gua selalu memikirkan apa yang gua tak sempat buat hari ni. Banyak jugak, sambung besok je la. Tapi besok takde masa, gua ada benda lain nak buat.

Lebih sadis, kadang-kadang gua curi sejam dua masa tido gua untuk melepak pekena.

Akhir-akhir ni gua memenuhi hajat gua sekian lama itu sambung belajar. Entah bila masa nak stadi tu lain cerita. Gua dengar cerita weekend gua kena pegi sekolah. Jauh pulak tu. Bini gua dah siap hadiah pen ngan pensil.

Dalam kesempitan masa tu gua boleh pulak selit photography. Makan jugak 15-30 minit yang terluang. Tak dapat tangkap gambar-gambar alam, tangkap gambar dalam rumah pun jadi. Semua gambar keluar hitam. Bertambah sempit masa, sebab kalau dah ambik gambar mesti la balik rumah nak renung dalam kompiter.

Sempit memanglah sempit. 

Comments (4) | Add as favourites (31)

 
<< Start Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ">Next > End >>

Results 1 - 9 of 273